10 Sebab Paling Popular Ramai Orang Ambil Personal Financing.

In Berita, CORETAN, Financing, Hartanah by Sobri Hasmuni2 Comments

Sepanjang 8 tahun pengalaman saya bekerja sebagai pegawai bank yang menguruskan permohonan pinjaman peribadi, saya dapat rumuskan 10 sebab paling popular kenapa orang ramai mengambil pinjaman peribadi. Ada 1001 sebab dan cerita yang saya dengar. Nak beli motor cash dari kedai lah, nak selesaikan pinjaman dengan Ah Long lah ada juga yang suka-suka nak mohon.

Ada juga pemohon yang sampai merayu-rayu sehinggakan ada yang sanggup “memberi hadiah saguhati” sekiranya saya dapat memastikan permohonan diluluskan. Tapi Alhamdulillah sepanjang kerjaya saya ini, saya tidak mengambil satu sen pon daripada tawaran haram ini. Jom saya kongsikan 10 sebab paling popular kenapa ramai orang ambil pinjaman peribadi. Sebab ke 10 yang saya tak faham sampai sekarang..

1) Nak satukan hutang-hutang
Antara sebab yang paling popular orang ambil pinjaman peribadi ni adalah nak satukan beberapa hutang kepada hanya satu hutang. Antaranya adalah, hutang kad kredit, hutang peribadi, overdraf, hutang beli motor dan lain-lain. Kesemua hutang ini agak banyak dan kadang-kadang merimaskan bila tiap-tiap bulan kena bayar kepada bank yang berbeza. Jumlah terkumpul hutang juga besar. Pinjaman peribadi mungkin satu penyelesaian kepada susahnya masalah tersebut. Ambil pinjaman dan selesaikan semua hutang-hutang lain. Bayar pada satu bank sahaja.

2) Nak bayar kos perubatan
Kos perubatan sekarang ini agak tinggi lagi-lagi jika melibatkan perubatan penyakit kronik. Sesetengah penyakit memerlukan kos sehingga RM50k-100k. Bukan itu sahaja, bini nak bersalin juga memakan kos tinggi kalau ditempatkan hospital swasta. Masa inilah baru sedar betapa pentingnya insurans dan simpanan kecemasan. Pinjaman peribadi juga salah satu cara nak dapatkan duit dengan cepat. Tetapi skor kesihatan kewangan anda juga harus cantik.

3) Nak ubahsuai rumah
Ubahsuai rumah ini sangat popular bagi orang yang baru sahaja membeli rumah terutamanya rumah jenis subsale. Mestilah nak pastikan rumah baru itu selesa dan cantik. Kos nak ubahsuai rumah sekarang pon bukan murah. Dengan budget RM50ribu tu anda mungkin hanya akan dapat perabot sahaja. Ada juga bank yang sertakan pinjaman untuk ubahsuai rumah bagi mereka yang memohon pinjaman perumahan.

4) Nak kahwin
Pinjaman untuk tujuan nak berkahwin ini memang popular bagi pasangan muda yang nak mendirikan rumah tangga. Kos nak kahwin di Malaysia ni agak tinggi. Nak bayar duit hantaran, kos untuk dewan atau kemah, kos makanan tetamu, kos penginapan ahli keluarga dan macam-macam lagi lah! Maklumlah, kerja kurang 5 tahun mana ada simpanan yang cukup. Perancangan budget untuk kahwin ni penting ye anak-anak muda! Jangan nak harapkan ibu bapa je. Buat majlis tu biarlah ikut kemampuan kita. Kalau nak buat pinjaman, pastikan pinjam untuk jumlah yang kita perlu untuk majlis sahaja.

5) Pendidikan
Kos pendidikan pada zaman ini adalah sangat tinggi. Anak masuk universiti, ambil pula bidang perubatan yang memerlukan kos yang tinggi. Belajar pula di UK, lagi lah tinggi kos sara hidup disana. Tahniah bagi yang dah sediakan tabung pendidikan anak-anak sejak kecil. Tapi yang tak ada menyimpan tu, kenelah ambil pinjaman peribadi. Lepas anak habis belajar dan dah kerja, anak tu pula sambung bayar pinjaman tersebut.

6) Nak melancong
Pantang tengok orang lain melancong ke luar negara, kita pon nak melancong juga. Apa salahnya melancong? Bagus juga sekali sekala bawa keluarga atau pergi dengan rakan-rakan tengok negara orang. Nak juga merasa salji dan melihat bandar-bandar bersejarah. Apapon melancong ikut budget kita. Ada orang lain gunakan bonus untuk melancong, ada orang nak “in-advance” melancong. Kalau anda boleh bayar apa salahnya.

7) Nak selesaikan hutang kad kredit
Pinjaman peribadi juga sangat popular untuk meraka yang nak selesaikan hutang kad kredit. Kos hutang kad kredit kadang-kadang mencecah sehingga 16% setahun jika bayaran tidak mengikut jadual. Ada bagus juga cara menggunakan pinjaman peribadi ni kerana kosnya lebih murah. Contonya pinjaman dari bank Kuwait Finance House (KFH) ni, kadar keuntungannya hanyalah 6.88% sahaja. Sangat sesuai untuk mereka yang dah terguna kad kredit dengan penggunaan tinggi tetapi nak jimatkan kadar caj dan bayaran yang tetap setiap bulan bagi tempoh masa tertentu. Nak tahu lanjut boleh klik di sini.

8) Nak buat downpayment rumah
Pinjaman rumah dah lepas, tapi tidak ada duit untuk deposit 10% dan kos-kos guaman dan pindah milik hartanah. Kos awal memiliki hartanah kebiasaannya mencecah 15% daripada harga belian. Jadi pinjaman peribadi ni bolehlah meringankan beban nak jana kos awal nak beli rumah ni.

9) Nak buat modal perniagaan
Perniagaan semakin maju, tapi memerlukan kos tambahan untuk kembangkan perniagaan. Ada pelbagai jenis pinjaman yang sesuai seperti pinjaman SME, overdraft, dll. Namun pinjaman peribadi juga menjadi pilihan kerana lebih mudah lulus dan cepat.

10) Sebab suka-suka
Orang jenis ni pon ada! Buat pinjaman peribadi, tapi tak ada tujuan. Bila ditanya kenapa? “Saja suka-suka.. dah pegawai bank tu nak bagi pinjaman, saya ambil je la. Mana la tau esok lusa nak guna duit..”

Pinjaman peribadi ini membantu ada mencapai matlamat anda. Apa pon sebab yang memerlukan anda membuat pinjaman peribadi, pastikan anda benar-benar memerlukannya dan bukan untuk tujuan memenuhi kehendak hawa nafsu. Kerana anda juga yang perlu bayar setiap bulan bagi tempoh yang lama. Pastikan juga anda mempunyai simpanan yang mencukupi. Langsaikan hutang secepat mungkin jika anda sudah mampu menyelesaikannya. Hutang seharusnya membantu, bukan membebankan.

Nak tahu apa pakej pinjaman peribadi daripada Kuwait Finance House? Boleh klik disini

By Sobri Hasmuni

Comments

Leave a Reply to Morita Anak Berman Minggu Cancel reply