6 SEBAB UTAMA KENAPA ORANG DI MALAYSIA SUKA MEMILIKI HARTANAH MEWAH.

In Hartanah by Sobri Hasmuni0 Comments

6 SEBAB UTAMA KENAPA ORANG DI MALAYSIA SUKA MEMILIKI HARTANAH MEWAH.

Kenapa walaupon keadaan ekonomi yang tidak menentu ni masih ramai lagi orang yang terus membeli kediaman mewah? Adakah ini masa sesuai bagi mereka untuk membeli? “Bila besar nanti ko kene jadi orang yang berjaya, nanti boleh beli rumah besar, kereta besar, duit banyak dalam bank, dan boleh bantu adik beradik yang lain..” Kita dari kecil lagi sudah pasang angan-angan dan dididik untuk memiliki harta benda yang mewah. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan mereka memilih hartanah mewah ini?

1) Masa yang sesuai

Dalam keadaan ekonomi yang agak suram ni, golongan orang kaya ini bijak mengambil kesempatan kerana pasaran rumah mewah ini agak suram. Kan bagus dapat beli rumah mewah pada harga yang rendah! Dua sebab utama mereka membeli rumah berstatus mewah ni. Pertama untuk tujuan duduk sendiri dan yang kedua untuk tujuaan pelaburan. Jadi yang banyak terjejas ini adalah untuk tujuan pelaburan. Mereka tidak dapat menjual semula dengan keuntungan yang diingini, malah nak sewakan juga tidak mudah. Cash is King. 

2) Status Kemewahan

Membeli rumah mewah adalah sesuatu yang amat prestij bagi orang kaya dan berjaya. Mengapa tidak? Lagipun, ini adalah hasil titik peluh usaha mereka untuk berjaya dan mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu yang mereka idamkan. Jangan lihat pada kejayaan mereka sahaja, tapi tengok juga susah payah mereka untuk berjaya. Mereka beli apa yang mereka mampu dan rumah mewah seperti ini menawarkan gaya hidup yang lebih tinggi.

3) Keselesaan Keluarga

Rumah mewah hari ini menyediakan semua keselesaan moden. Rumah yang dibina selalunya sangat praktikal dengan gaya hidup mereka. Kebanyakan rumah mewah ini dilengkapi dengan kemudahan kolam renang yang besar, ruang dapur yang besar, bilik-bilik yang banyak, ada entertainment room sendiri, lif peribadi, taman-taman berlandskap yang luas, bilik gimnasium, kawasan yang tenang daripada hiruk piruk kota. Tempat letak kereta juga menjadi keutamaan. Maklumlah, mereka kebisaannya memiliki lebih dari 2 kereta malah ada yang mempunyai 5-10 buah kenderaan mewah. Mereka mahu memberi keselesaan yang maksimum untuk keluarga mereka.

4) Keselamatan

Salah satu ciri penting rumah mewah adalah mempunyai keselamatan yang sangat tinggi. Sekarang ni banyak kes2 jenayah yang berlaku lagi-lagi yang mengakibatkan kes rompak. Keselamatan keluarga menjadi keutamaan mereka. Duit boleh dicari lagi, tetapi nyawa hanya ada satu. Selalunya kawasan perumahan seperti ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sangat canggih seperti panic button, system keselamatan berpusat (Security centralize system))  ada bilik kecemasan/bilik panic sendiri. Ada juga kawasan perumahan seperti ini yang menyewa anjing baka khas untuk rondaan terutamanya diwaktu malam.

5) Kawasan kejiranan yang baik

Kawasan kejiranan yang baik juga adalah faktor utama mereka membeli rumah jenis ini. Mereka mahu anak-anak mereka membesar dengan jiran yang mempunyai mentality yang lebih tinggi dan boleh mendorong anak-anak mereka untuk jadi seseorang yang lebih berjaya seperti jiran-jiran mereka juga. Penghuni seperti ini juga kebiasaannya sanggup menggumpul dana mereka sendiri untuk sentiasa menambahbaik kemudahan yang ada di kawasan perumahan mereka.

6) Lokasi Elite

Lokasi juga memainkan peranan penting. Kawasan yang di anggap elite seperti di Bukit Tunku, Kemensah, TTDI, Mont Kiara menjadi pilihan utama kerana penduduknya terdiri daripada golongan yang mempunyai status yang dianggap tinggi. Mereka terdiri daripada usahawan berjaya, berjawatan tinggi dalam syarikat besar dan berpengaruh. Kawasan-kawasan ini juga harus berdekatan dengan tempat kerja mereka, mudah akses ke bandar-bandar utama.

 

By Sobri Hasmuni

Leave a Comment