Apa itu HOC 2019?

In Hartanah by Sobri Hasmuni0 Comments

HOC adalah singkatan kepada “Home Ownership Campaign”. Ia pertama kalinya diumumkan oleh Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2019. HOC merupakan usaha bersama oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia.

Kempen HOC ini adalah untuk membantu pembeli memiliki hartanah dan pada masa yang sama bertujuan mengurangkan jumlah hartanah tidak terjual di dalam pasaran.

Manfaat HOC Kepada Pembeli

1. Pengecualian duti setem memorandum tukar hak milik (MOT) untuk rumah yang berharga antara RM 300,001 hingga RM1 juta. Bagi hartanah yang berharga atas RM1 juta, duti setem 3% hanya akan dikenakan ke atas jumlah baki selepas RM1 juta hingga RM2.5 juta.

2. Caj duti setem 0.5% pada perjanjian pinjaman anda juga akan dikecualikan – sah untuk hartanah bernilai sehingga RM2.5 juta.

3. Pembeli rumah akan menikmati diskaun tambahan 10% pada harga pembelian. Pihak pemaju perlu menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10% bagi melayakkan projek perumahan mereka didaftarkan di bawah HOC. Please take note: HOC 2019 hanya sah untuk hartanah kediaman dalam pasaran utama (primary market) dalam tempoh antara 1 Januari sehingga 31 Disember 2019.

By
Mohd Hud
Property Consultant

Leave a Comment