Bagaimana nak jual rumah 10kali ganda cepat?

In CORETAN, Uncategorized by Sobri Hasmuni0 Comments

Susah ke nak jual hartanah kita sekarang? Kami ni dengan sekali tengok, dah tahu boleh jual dengan cepat atau pon tidak. Nak jual property korang dengan 10kali ganda cepat?

🔥 Tetapkan harga yang relevan dengan harga pasaran. Best kalau dapat harga 10% kurang dari nilai pasaran. Tapi kalau 20-30% berdesup offer masuk. Tapi check dulu baki loan di bank tu. Jangan sampai kene top up sudah.

🔥 Beritahu kawan2 dan jiran2 yang anda sedang menjual rumah anda. Kuasa jiran2 ni pon selalunya memang padu. Sebab mereka akan memujuk orang yang mereka suka untuk tinggal dalam kawasan rumah mereka.

🔥 Make-up rumah anda! Orang perempuan kalau nak cantik kene make-up kan? Baru sejuk org lelaki memandang. Cat dengan warna basic pon dah mencukupi. Asalkan nampak rumah bersih dan dan bertenaga. Haa.. jangan ingat org je yg boleh nampak bertenaga, rumah pon boleh bagi aura yang power! 1st impression sangatlah penting!

🔥 Atasi masalah kerosakan. Masalah yang paling digeruni oleh pembeli adalah masalah kebocoran paip atau tandas dan anai-anai. Jangan sampai pembeli gunakan point ni utk merendahkan harga tawaran mereka.

• Paip, lantai toilet, dan bumbung bocor kene terus betulkan. Cat semula dinding dan shiling yang terjejas tu supaya hilang kesan comot bekas air kebocoran tu.
• Kalau rumah kene serangan anai-anai tolonglah buat treatment cepat2 dan simpan resit utk tunjuk bukti yang anda dah buat.

🔥 Kemas rumah! Kalau malas, upah je cleaner. Bukan mahal pon. Kemas rumah ni pon ada tekniknya juga.

• Kurangkan barang supaya rumah nampak lebih luas.
• Bilik/ruang mainan biasanya bersepah. Tapi hanya untuk viewing, tolonglah kemas kasi teratur.
• Kosongkan meja dari buku2, balang kuih raya, barang kanak2 dll.
• Pastikan tiada habuk langsung di segala ruang. Kipas tu tolonglah lap ya.
• Dapur – pastikan tidak berminyak, tidak bersepah. Sembunyikanlah pinggan mangkuk, bekas makanan dalam almari.
• Bilik – kemas katil, jangan longgokkan baju atas katil, bawah katil pon kene bersih ya. (Yg ni selalu tuan rumah fail)
• Tandas – pastikan tandas berkilat! Jangan gantung pakaian dalam toilet.
• Gunakan pewangi rumah. Biar harum…
• Kosongkan tempat letak kereta anda bg nampak ruang yg luas tu.
• Gantikan lampu2 yg dah terbakar.

🔥 Biar agent buat kerja mereka. Masa tengah viewing duduk diam2 je. Jangan berborak lama dengan pembeli. Takut tersilap cakap. Kami agent hartanah ni memang dah pakar dalam menyusun ayat yg elok2 utk pembeli. Masalah besar pon boleh jadi kecil.

🔥 Kawal suhu dan pengudaraan rumah. Sejam sebelum viewing, boleh buka aircond untuk kawal suhu rumah tetapi 15min sebelum view boleh tutup aircond atau tetapkan suhu bilik dan buka pintu dan tingkap supaya udara segar mengalir dalam rumah. Tapi kalau buka tingkap terus masuk bau longkang, baik tutup je la.

🔥 Lantik property agent yang memang expert dalam kawasan rumah anda. Kalau dah sampai jiran2, pak guard, orang2 masjid pon dia kenal memang dah expert la tu.

🔥 Mudahkan agent susun waktu viewing. Kalau agent nak bawa client tengok rumah pon susah, mcm mana nak dapat terjual cepat? Kene expect yang pembeli ni pon ada banyak rumah yg mereka tengok ye. Ada offer je dari pembeli, kami akan terus present pada owner rumah. Jangan melepas.

🔥 Buat keputusan dengan cepat. Bila dah dapat offer, jangan terlalu lama ambil keputusan. Nanti pembeli jadi ‘sejuk’ dengan deal ni atau mereka jumpa hartanah lain.

Sobri Hasmuni
Prophero.my

Leave a Comment