Kelebihan Vs Kekurangan Beli Rumah Under Construction

In Hartanah by Sobri Hasmuni0 Comments

Nak beli rumah under construction?

Nah saya kongsikan beberapa kelebihan vs kekurangan beli rumah jenis ni. Senanglah korang nak buat keputusan membeli nanti.

Kelebihan rumah Under Construction

🤩 Dapat pilih unit yg menarik. Tapi kene cepat sebab unit2 menarik ni laju je terjual lagi2 corner unit ataupon harga yg paling murah. So rajin2kan la diri jika ada property agent jemput ke Pre Launch projek baru.

🤩 Deposit Rendah. Ada yg booking RM1k dah boleh dpt rumah.

🤩 Banyak Discount. Kalau beli under group bulk purchase lagi la banyak discount nya.

🤩 Pakej menarik cthnya Free legal fee, MOT free, free gift mcm partly furnished, aircond, free maintenance fee setahun dua, dll.

🤩 Pakej financing oleh bank yg menarik utk projek tertentu.

🤩 Sepanjang tempoh construction cuma perlu bayar progress interest yg amat la rendah. Kalau full installment RM3k, bayaran progressnya pula hanya dalam 100-800 sebulan selama 2-3tahun.

🤩 Tak perlu takut masalah kerosakan rumah bila dah siap sbb masih under deffect warranty period.

🤩 Rumah baru senang FLIP. Dapat je kunci rumah terus jual semula dengan keuntungan. Kalau tak dapat jual pon boleh sewakan untuk cover installment bank.

 

Kekurangan beli rumah under construction.

😭 Risiko rumah terbengkalai. Yg ni paling ditakuti oleh semua pembeli. Terpaksa membayar bertahun tahun utk rumah yg tiada. Tp ada juga bank yg tawarkan pakej yg tidak memerlukan korang bayar sekiranya rumah disahkan terbengkalai.

😭 Tak boleh jual semasa proses pembinaan. (Sering berlaku apabila pembeli ada masalah kewangan atau sudah ‘tersalah’ beli. Nak lepaskan diri la tu..)

😭 Rumah siap tapi finishing teruk. Contoh, dinding tak rata, tingkap senget, paip bocor, bumbung bocor dll.. memanglah masib under warranty tapi dah jad 1 hal pulak nak tunggu dibetulkan rumah tu.

😭 Rumah siap tapi tak dpt kebenaran menduduki bangunan (CCC). Dulu org panggil CF. Dah ada beberapa condo yg masih tak dpt CCC. Bertahun- tahun tak selesai lagi2 bila punca utamanya adalah structure bangunan yg tak selamat.

😭 Rumah siap, tp tak mcm yg korang bayangkan sbb ilustrasi iklan nampak cantik gila! Show unit pon gempak. Kene ingat developer akan buat semuanya cantik utk tujuan promosi. Kalau buat tak cantik korang nak beli ke? Mereka akan berbelanja besar utk rumah contoh supanya nampak impressive. Akak2 and abang2 mesti akan terbeliak mata bila masuk rumah tu, baru la senang nak sign booking form.

Banyak lagi yg boleh disenaraikan. Tp apapon yg korang pilih, haruslah bermula dengan matlamat membeli rumah tu sendiri. Kemudian buat carian sikit tentang rumah yg korang minat nak beli tu. Boleh semak senarai pemaju atau projek sakit atau yg telah disenaraihitamkan oleh KPKT di http://www.kpkt.gov.my

#prophero
#ingatpropertyingatsobri
#tipsrumah

Leave a Comment