NAK SANGAT BELI RUMAH, TAPI TAK TAHU BAGAIMANA?

In Hartanah by Sobri Hasmuni0 Comments

NAK SANGAT BELI RUMAH, TAPI TAK TAHU BAGAIMANA?
===========================================
Ni antara soalan paling popular saya terima terutama sekali daripada golongan yang belum pernah memiliki hartanah sendiri. Dah nama pon 1st time. Tapi tips proses beli rumah ni penting ya! Kene bersedia mental dan fizikal terutama untuk yang 1st time nak beli rumah. Saya selalu ingatkan rakan-rakan saya yang nak beli rumah, invest la dalam ilmu. Bacalah pelbagai bahan bacaan, hadiri seminar hartanah (tak perlu yg beribu-ribu) dan rujuk pada pakar2 hartanah.
Okaylah.. mari saya kongsikan cara-caranya. Ikut 8 langkah ini!

1. Semak Kelayakan pembiayaan perumahan anda.
Semak kelayakan ni harus dijadikan perkara PERTAMA sebelum mencari rumah. Sebab korang boleh jimat masa berbulan-bulan untuk mencari rumah idaman korang tu. Ramai rakan-rakan agen hartanah mengeluh dengan benda ni. Kenapa? Sebab ramai yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan. Kadang-kadang bukan salah bank sepenunhya, tapi kita sendiri tidak bersedia dari segi kelayakan, tetapi memilih rumah yang harganya jauh lebih tinggi dari apa yang kita layak. Akhirnya kita give up nak beli rumah. Kesian..
Macam mana nak kira kelayakan? Boleh rujuk kepada pegawai bank atau perunding hartanah untuk mengetahui secara kasar tentang kelayakan maksimum anda. Korang juga boleh kira sendiri tapi ini secara kasar sahaja. Macam mana nak kira?
.
DSR = Jumlah komitmen (Instalment bulanan Rumah Baru + instalment bulanan kereta + 5% hutang kad kredit + instalment personal loan + dll) / Gaji bulanan x 100
.
Kebiasaannya, jika masih dibawah 70% insyaAllah bank boleh pertimbangkan.
*DSR = Debt Service Ratio
*Had kelayakan maksimum DSR oleh bank adalah berbeza-beza mengikut tangga gaji anda.

2. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman bank.
Dokumen yang diperlukan ialah salinan IC, slip gaji 3 bulan (min. 6 bulan untuk yang dapat gaji berkomisen), penyata simpanan bank, salinan penyata KWSP, surat pengesahan bekerja, boring cukai/EA Form dan dokumen sokongan lain seperti slip Fixed Deposit atau salinan muka surat terkini ASB/Tabung Haji/penyata unit trust. Nak tau mcm mana tips2 macam mana nak lulus dengan mudah, boleh follow link ni. https://www.facebook.com/Teknik-Killer-Lulus-Pinjaman-Bank…/

3. Pastikan deposit yang mencukupi.
Deposit yang tak mencukupi boleh mengganggu kelancaran dalam proses jual beli. Cuba korang bayangkan, nak beli barang kat kedai, dah ambil barang-barang, tiba-tiba beg duit tak cukup atau tak ada? Macam itulah kalua kita nak beli rumah. Kalau takde deposit memang payah nak berurusan. InsyaAllah dilain ruanga, saya akan kongsikan tips2 bagaimana nak beli rumah tapi takde deposit ni.
Berapa banyak deposit diperlukan? Deposit adalah 10% dari nilai belian. Kebiasaannya, 3% akan dibayar semasa nak booking rumah itu, dah baki 7% semasa menandatangani perjanjian jual beli (SPA).

4. Cari rumah ikut kemampuan
Cari rumah yang bersesuian dengan kelayakan pinjaman melalui portal-portal hartanah seperti di PROP2U.COM.MY, mudah.my, propertyguru.com.my atau anda boleh melawat kawasan yang anda telah pilih. Boleh lihat banner yang tergantung di hadapan rumah yang ingin dijual.

5. Sesi Site Viewing
Lihatlah rumah bersama perunding hartanah. Mereka lebih faham dengan keadaan rumah dan persekitaran. Lihat keadaan rumah samaada dalam keadaan baik atau akan melibatkan kos-kos baikpulih. Tinjau kawasan kejiranan, dan kemudahan-kemudahan yang ada berdekatan dengan rumah tersebut terutama sekali kemudahan pengangkutan awam, sekolah, masjid, kedai-kedai, stesen minyak dll. Bagi korang yang perempuan tu kalau boleh jangan datang sorang2. Bawa rakan atau kenalan sekali. Macam2 kes sekarang ni.

6. Bayar earnest deposit / booking fees
Bayar deposit kepada agensi hartanah ya dan bukan kepada perunding hartanah. Sebolehnya bayar menggunakan cheque / bank draf supaya lebih selamat. Elakkan bayar menggunakan cash! Dapatkan booking slip daripada agen atau surat daripada pemilik yang mengatakan anda telah membayar sejumlah amaun tersebut untuk membeli hartanah tersebut. Syarat penting seterusnya yang perlu dinyatakan dalam surat ini ialah wang booking ini akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya anda gagal mendapatkan pinjaman min 90% daripada harga rumah dalam satu tempoh masa tertentu. Biasanya tempoh masa ni sebulan, ada yang dapat lebih. Kedua-dua pembeli dan pemilik / agen hartanah perlu menandatangani surat ini.

7. Hantarkan permohonan ke sekurang-kurangnya tiga buah bank.
Setiap bank mempunyai produk, kedar faedah/ keuntungan, dan kiteria kelulusan yang berbeza-beza. Pilih pakej pinjaman terbaik dan Tandatangan surat tawaran perjanjian. Permohonan boleh dihantar melalui pegawai bank ataupon melalui mortgage broker/perunding pembiayaan perumahan.

8. Lantik Peguam
Lantik peguam pilihan kita untuk sediakan S&P
danTandatangan S&P. Dari sini peguam akan menguruskan segala-galanya bagi pihak anda sehinggalah hartanah tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

Bila dah selesai semua urusan, Sebaik-baiknya buatlah satu fail untuk simpan dokumen penting seperti SPA, Perjanjian pinjaman bank, Salinan geran, dan lain2 dokumen berkaitan supaya mudah dikemudian hari. Sebab ramai juga pemilik rumah yang saya jumpa, mereka letak merata rata dokumen tersebut. Nak cari balik pon ambil masa seminggu dan ada yg sebulan.

-Sobri Hasmuni-
Perunding Hartanah

Leave a Comment