TAK PERLU BAYAR LAGI WALAUPUN RUMAH TERBENGKALAI? RAMAI YANG TAK TAHU BAGAIMANA!!!

In Uncategorized by Sobri Hasmuni0 Comments

Projek Perumahan terbengkalai? Ada tak bank yang kalau projek perumahan terbengkalai, tak perlu bayar lagi? Ingat pelaburan MLM je yang boleh tersontot? Hartanah pon boleh jadi kalau salah pilih!

Jawapan saya… ADA! Teruskan membaca!

Membeli rumah yang sedang dalam pembinaan memang memaksa pembeli menghadapi risiko rumah terbengkalai. Sebagai pembeli atau pelabur hartanah, kita harus mengambilkira risiko ini tidak kira pemaju yang besar atau kecil. Hari ini saya ingin kongsikan sebuah bank yang menggunakan konsep belandaskan syariah iaitu ‘Musyarakah Mutanaqisah’ atau Perkongsian Berkurangan yang memberikan fleksibiliti dan kemudahan untuk anda memiliki rumah impian anda. Bank tersebut adalah AFFIN BANK dan AFFIN ISLAMIC BANK.

Bagaimana ia dilaksanakan/berjalan
1) Perkongsian bersama – Bank dan pelanggan secara bersama membeli ekuiti, hak dan manfaat dalam hartanah

2) Bank kemudian menyewakan bahagian hartanahnya kepada anda atas dasar Ijarah Mawsufah Fi Zimmah (Sewaan Hadapan) sewaktu pembinaan dan Ijarah (Sewaan) apabila hartanah siap dibina.

3) Pelanggan akan membeli secara beransur-ansur bahagian pemilikan awal, hak dan manfaat Bank dalam hartanah dengan membuat bayaran bulanan (“Bayaran Bulanan”) kepada bank, yang sebahagiannya menyumbang kepada peningkatan bahagian pelanggan dalam hartanah dan pengurangan bahagian bank pada hartanah selaras dengan terma-terma Kemudahan sehingga pelanggan memiliki keseluruhan atau sepenuhnya hartanah tersebut (maksud ringkasnya Share pemilikan anda akan meningkat dan share bank akan berkurangan)

4) Pembiayaan ini berakhir apabila pelanggan memiliki 100% hartanah tersebut

5) Sekiranya projek tidak dapat disiapkan, pihak Affin Islamic akan mengembalikan bayaran yang telah anda bayar kepada Bank kerana pihak bank mempunyai share 90% pemilikan hartanah tersebut.

Nah.. ini yang dikatakan konsep syariah ‘Musyarakah Mutanaqisah’ yang betul-betul dipraktikkan. Pekongsian pemilikan dan risiko secara adil. Disebabkan itu jugalah, pihak bank tentunya memastikan projek yang ada dalam senarai panel projek pembiayaannya adalah projek yang berkualiti. Kalau tidak bank yang akan menanggung kerugian yang banyak jika perkara tersebut terjadi.

Kalau tak percaya boleh baca product info seperti dalam gambar ini!

Leave a Comment