“Wan, kenapa kau beli rumah Parc 3 ni? Rumah pertama pulak tu” Apa yang best?

In Hartanah, Uncategorized by Sobri Hasmuni0 Comments

“Wan, kenapa kau beli rumah Parc 3 ni? Rumah pertama pulak tu” – soal aku pada Wan.

“Sebab aku nak sewakan, tapi kalau tiba-tiba jatuh hati bila dah siap nanti mungkin aku duduk la. LRT dan MRT Maluri pon jalan kaki je. Nak ke area KLCC or Bukit Bintang pon senang.. lagi satu aku suka konsep dan lokasi dia.” – jawab Wan.

Wan bekerja di salah sebuah syarikat Oil&Gas di area KLCC. Dia sekarang duduk di Serdang. Hari-hari dia akan menaiki LRT ke tempat kerja dan LRT yang dinaikinya itu melalui stesen Maluri. Rupa-rupanya rakan-rakan beliau pon ada beli rumah disini.

Korang nak tahu apa sebab Wan dan rakan-rakanya beli beberapa unit di sini? Inilah hasil kajian saya dan ini yang membuatkan saya nak share pada korang yang tengah mencari rumah pertama ataupon untuk invest.

        Sedikit tentang Parc 3, Kuala Lumpur

  • Lokasi: Sebelah Menara PGRM
  • Keluasan tapak binaan: 2.7 ekar
  • Jumlah unit: 793 unit
  • Keluasan: 592 – 1479 kaki persegi
  • Harga: Bermula daripada RM457 ribu
  • Tarik dijangka siap: Q1 2021

      Apa yang bestnya tentang Parc 3 ini?

  1. Lokasi, Lokasi, Lokasi…
  • Lokasi Parc 3 ni amat strategic. Terletak di hadapan Taman Rekreasi Pudu Ulu, Shamelin KL dan bersebelahan dengan Menara PGRM di dalam zon Kuala Lumpur. Bestkan bila bangun pagi, buka tingkap dan lihat kehijauan taman seluas 33 ekar tu. Sesuai sangat bagi yang suka bersenam, berjoging, yang suka bawa anak-anak main layang-layang di taman-taman. Lokasi sudah lengkap dengan boosters hartanah seperti
  • LRT/MRT Maluri – Pandan Jaya
  • Stesen Bas
  • Shopping Mall
  • Pusat komersial dan pejabat
  • Sekolah & College University
  • Hospital yang berdekatan
  • 33 akar Rizab tanah Taman Rekreasi Pudu Ulu
  • Mudah untuk ke lebuhraya dan jalan-jalan utama
  1. Kemudahan pengangkutan awam.
  • Stesen LRT/MRT Maluri hanya terletak 500meter dari Parc 3. Jalan kaki hanya ambil masa 5-10min. LRT laluan Ampang ke KL Sentral dan MRT dari Kajang ke Bukit Bintang memang memudahkan perjalanan bandar-bandar utama.
  • Stesen bas Maluri (200meter) pon hanya perlu lintas jalan je.
  1. Sekolah dan kolej serta kemudahan terbaik dalam Malaysia
  • Sek Keb dan SMK Sri Bintang Utara adalah antara sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Lokasinya hanya terletak dalam 200m sahaja.
  • Kolej-Kolej swasta juga banyak dalam radius 5km
  • Antara hospital yang berdekatan adalah HUKM, Prince Court Hospital, Pantai Hospital Cheras.
  1. Akses jalan yang mudah
  • Terdapat banyak akses jalan yang berdekatan dengan Parc 3 ni. Highway Sg Besi, SILK Highway, MEX Highway, MRR2. Kalau nak ke KL ada banyak pilihan jalan.
  • Perjalan ke bandaraya KL hanya ambil masa 10-15min sahaja.
  1. Design yang bercirikan taman dan kehijauan.
  • Reka bentuk Parc 3 yang menarik ini akan dibina berkonsepkan Nature. Jurutera landscape juga bukan calang-calang. Pernah memenangi beberapa anugerah landscape terbaik Malaysia. Ia akan menjadi service apartment yang Iconic di KL. Nampak mewah dan cantik dengan bercirikan taman-taman indah dengan kehijauan semula jadi.
  • Terdapat 4 kawasan dalam bangunan yang hanya didedikasikan untuk residen bersantai bersama keluarga. Terdapat lebih 40 jenis fasiliti yang disediakan oleh pemaju. Antara yang utamanya adalah:
  • Floating Gym
  • Business Centre
  • Celebrity Kitchen
  • Dance Hall
  • Function Hall
  • 360 degree viewing timber deck
  • Entertainment Arena
  • I-Garden
  • Zen Enclave
  • Reading Zone
  • Sky Walkway
  • Outdoor Gym
  • Chill-Out Lounge
  • 50 m LAP Pool
  • Jacuzzi
  • Water Garden
  • Badminton Court
  • Barbecue & Picnic Area
  1. Sesuai untuk tujuan palaburan ataupun duduk sendiri
  • Parc 3 akan siap pada 2021. TRX di jalan Tun Razak yang akan dijadikan hub perbankan dan kewangan dijangkakan hampir siap. Banyak syarikat multinational akan berpusat di sini. TRX ini membuka lebih 1juta peluang pekerjaan. Jika hanya 1% sahaja daripada mereka nak menyewa pon sudah mencukupi memenuhi Parc 3 ni.
  • Pusat membeli belah dan bangunan korperat di Kawasan sekitar juga memberi impak yang baik kerana permintaan untuk sewa dijangka terus meningkat.
  • Permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan sewa AirBNB di Kawasan KL. Kalau pendapatan semalam boleh dapat RM200, dapat 15 hari dalam sebulan pon dah cukup nak bayar ansuran bulanan yang bawah RM3k.
  • Rekabentuk atau Layout rumah 2 – 4 bilik amat sesuai untuk didiami keluarga kecil mahupun besar.

  1. Harga patut
  • Harga sekaki persegi Parc 3 jika dibandingkan adalah antara yang murah dalam kategorinya. Saya buat perbandingan dengan kawasan sekitar seperti Sunway Velocity, One Cochrane, J.Dupion, dan M Vertika. Harganya bermula daripada RM460ribu.
  • Luxury apartment tetapi dengan harga yang mudah milik.
  1. Pakej yang menarik daripada pemaju
  • Sepanjang bulan Mac hingga April ini, pemaju menyediakan pakej yang sangat menarik bagi membantu pembeli-pembeli baru memiliki rumah antaranya:
    • PERCUMA Yuran Guaman SPA
    • PERCUMA Yuran Guaman Pinjaman
    • PERCUMA Yuran Disbursement SPA
    • PERCUMA Pekakas dan peralatan rumah separa lengkap (Partly Furnish)
  • Semua kos2 di atas pon dah mencecah puluhan ribu. Jimat kan!
  • Antara pekakas yang diberi percuma adalah Kabinet Dapur, Hood & Hob, Aircond dll
  • Nak tahu lagi promosi HEBAT yang developer bagi? Boleh klik disi

       Soalan yang lazim saya terima.

  1. Jalan sesak pada waktu puncak
  • Lokasi Parc 3 ni terletak di dalam kawasan utama Kuala Lumpur, jadi memang selalunya jalan raya akan mula sesak padi waktu kemuncak iaitu pada dam 8-9am dan 5pm-7pm.

      Penyelesaian:

  • Keluar seawal 7pagi bagi yang menggunakan kereta ke tempat kerja.
  • Naik kemudahan LRT,MRT dan bus untuk ke kerja.
  • Keluar jam 10am bagi yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel.
  1. Senang ke nak dapatkan pinjaman bank sekarang ni?
  • Terdapat lebih kurang 9 panel bank untuk projek ini. Kami akan menilai profile anda sebelum hantar ke bank yang sesuai.
  • Kelulusan hanya akan mengambil masa 3 hari jika semua dokumen yang diperlukan lengkap.
  • Konsultan jualan juga akan bantu anda A-Z utk proses pinjaman sehinggalah anda memiliki rumah tersebut.
  1. Bagaimana jika saya dah booking tapi loan tak lulus?
  • Booking hanyalah RM3,000. Pemaju akan memulangkan 100% booking anda dengan syarat anda sertakan surat tidak mendapat kelulusan dari pihak bank. Booking boleh dibuat melalui pindahan perbankan internet, Cheque, ataupon kredit kad / Debit kad.
  1. Boleh saya keluarkan EPF kalau bank lulus kurang daripada 90%?
  • Maksimum pengeluaran EPF adalah:
    Pengeluaran maksimum EPF = (Harga rumah – pinjaman diluluskan) + 10% harga rumah
  • Contoh:

RM600k(Harga Rumah) – RM500k(Lulus Pinjaman) + RM60k (10% harga rumah)

Jumlah maksimum adalah: RM160,000

  • Hanya boleh keluarkan EPF akaun 2 sahaja.
  1. Pemaju ni okay ke?
  • Pemaju projek ini sudah beroperasi lebih 30 tahun dalam industri perumahan, binaan dan pelbagai bidang lain. Banyak projek yang berjaya dibangunkan sebelum ini tertumpu di utara Malaysia iaitu di Negeri Kedah terutamanya. Kualiti dan standard yang tinggi amat dititikberatkan.
  1. Banyak lagi ke unit yang masih ada?
  • Setakat ini kami telah menjual lebih 70% daripada jumlah keseluruhan 793 unit. 30% lagi yang masih available adalah kerana pembeli gagal mendapatkan kelulusan dari pihak bank. Lihat ini sebagai peluang anda untuk merebut unit tersebut selagi sempat.

Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang Parc 3 ini, sila hubungi wakil pemasaran Parc 3 di talian 012-7387381. Nak register / nak tahu lebih lanjut? Isikan maklumat di Borang Ini. Wakil jualan akan hubungi anda.

Klik di sini

Lihat Video Parc 3

Lagi gambar-gambar Parc 3:

        

Leave a Comment